hi guyz.. this time Pinkdaisy nak share cara-cara nak buat bunga rampai. First nak cerita sikit pasal bunga rampai ni. Kebiasaannya bunga rampai digunakan semasa majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga rampai merupakan bunga yang diricih-ricih halus, beserta daun pandan. Ia digunakan sebagai hantaran perkahwinan yang diletakkan di dalam bekas sebanyak 5 - 7 unit. Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin. ok now Pinkdaisy nak start.
Bahan-bahan:
- kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan segala bunga yang ada di bumi Allah nie.. boleh pakai
- daun pandan- dah tentulah sebab tu yang buat wangi
- daun limau perut - ia menambahkan aroma pada buanga rampai
- pachovali- pewangi bunga rampai beli jer dekat Maidin. barulah bau bunga rampai.jangan lak spray perfume..tak menjadi bunga rampai nanti.
- air mawar
Hiris halus bunga -bungaan di taman syurga duniawi ni..kemudian ambil daun pandan. bersihkan lah dulu. basuh bersih dan selawat atas nabi junjungan kita Muhammad SAW.
Ambil 3-4 helai , lipat kan dan buang urat halus ditengah daun pandan..
Baru senang nak hiris. and ualssss..please ok..hiris halus-halus..
Kkalau orang tua dulu-dulu ada makna tu, dia pandai tengok tau anak dara hiris bunga rampai, halus ke tidak memberi makna...yang penting buat penuh ikhlas hati, sehalus yang mungkin..baru cantik..then hiris daun limau perut lak..sama gak konsepnya. yang penting sehalus mungkin..then masuk ke dalam bekas..
Gaul semua bahan hirisan tadi sehingga sebati.
Lastly leh masuk kan pewangi bunga rampai pachovali dan letaklah air mawar sedikit. gaul sehingga sebati..all this sukatan kena agak2..jangan lah sebotol minyak dihabiskan..letak agak2 wangi jer..
Now dah siap. masukkan dalam tupperware.
Letak dalam peti ais dia akan fresh.
Time nak pakai baru ambil..so bunga rampai still look green and fresh...
cubalah buat sendiri..uolssss mesti enjoy and have some fun..barulah rasa suasana bilik pengantin..letakkan di dalam bilik, di ruang tamu sebagai potpouri natural...you must try it...